CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, 9 February 2012

Buah fikiran


❒✔❒ Rindu Andalusia dikarang oleh Radwa Ashour
❒✔❒ Diari Mat Despatch "Hati Emak" dikarang oleh Baharuddin Bekri
❒✔❒ Rona-Rona Cinta Damascus dikarang oleh Sheila Wani
❒✔❒ Terasing dikarang oleh Hilal Asyraf
❒✔❒ Cinta Granada dikarang oleh Radwa Ashour
❒✔❒ Kahwin Di Usia Muda : Bahagia atau Derita dikarang oleh Fuad Hj. Sam
❒✔❒ Sudut Pandangan Muhyiddin Yassin
❒✔❒ Pemilik Cintaku selepas Allah dan Rasul dikarang oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin


: : banyak buku untuk dihadamkan sepanjang cuti semester ni...

Wednesday, 8 February 2012

Damba CintaMu Ya Rabb


MENCINTAI Allah, sangat sukarkan? padanlah SyurgaNya SANGAT MAHAL..hmm...

Jika diberi kemudahan, manusia sering meremehkan, bila diberi kesukaran, itulah ujian menilai cinta kita padaNYa



Pilihan Terbaik

~✿>> Pilihlah PASANGAN yang INGIN mencari dan mempelajari agama..mungkin dia seorang USTAZAH, mungkin juga dia seorang DOKTOR, mungkin dia BERTUDUNG LABUH..atau mungkin juga dia BELUM BERTUDUNG tetapi sentiasa mencari jalan untuk menuju KEBAIKAN..kerana dia adalah INSAN yang membuka dirinya untuk DIBIMBING dan DIAJAR..

Maka, bawalah dia menuju Ilahi..sesungguhnya itulah PILIHAN YANG TERBAIK untukmu..♥♥





~✿..Wahai kaum adam..tidak usah diharapkan wanita berpurdah, bertudung bulat untuk menjadi isterimu, di matamu mereka sempurna, tanpa ada sedikit pun cela...namun, ambillah wanita yang pada PANDANGANMU BIASA, jadikan mereka wanita yang hebat, sesungguhnya di dalam diri setiap wanita itu ada 'SOLEHAHNYA'..✿~

>>> Yang tersembunyi tu MAHAL HARGANYA..namun yang tidak tersembunyi juga BUKAN MURAH..♥♥

"Bila dia praktik agama dengan cuns, muka tak cuns mmg takkan nampak cuns tapi akan rasa TENANG gitu bila tengok.."
(Syabab Musafir Kasih)

Friday, 3 February 2012

kotak fikiranku

Ada masa
Saat rohku dan rohmu bersua
Memberi bekas nyata
sehingga aku berpindah dimensi
kembali ke realiti
yang pasti itu hanya mimpi
Ada masa
Rinduku bergejolak
Rinduku memuncak
Rinduku di ubun-ubun
aku harus sedar dari mimpi ini
supaya tidak menjadi barah
Menafikan eksistensimu terasa bagai hukuman bagiku
Hukuman merindu itu sungguh sulit sayang

i LOve Islam


Dalam pelajari Islam & kebaikan, manusia itu berbeza-beza jiwanya, ada yang suka bertanya & mengetahui bab hukum beserta dalil & kata ulama, ada yg suka santai serta humor, ada yang suka bentuk novel, ada yang suka secara akademik lagi berfalsafah, ada yang suka sederhana ringan & berfalsafah, ada yang suka kisah tauladan sambil mendapat pengajaran. Justeru, mainkan peranan kita di sudut yang kita mampu utk membawa ilmu Islam kpd masyarakat. Tiada perlu mengkritik, mencela & merendah cara yg lain dari kita, kecuali jika padanya terdpt KESESATAN yg TIADA KHILAF.
ayat diatas dipetik daripada wall ustaz zaharuddin.net facebook, daripada petikan diatas dapat kita huraikan bahawa manusia mempunyai bermacam genere seperti buku-buku dirak. Dalamnya mempunyai pelbagai rencah emosi dan delusi yang perlu dihuraikan oleh akal kita, dalam mencapai jawapan yang pasti kita perlu membuat kajian dan analisis terhadap permasalahan dari segi agama dan bahasa. Setiap manusia mempunyai pandangan yang berbeza tetapi ada limitasi dalam melontarkan pandangan dan pendapat masing-masing.Sebab apa perlunya limitasi dalam memberi pandangan terhadap orang lain, hal ini kerana untuk menjaga lidah daripada khilaf dan untuk menjaga hati daripada terluka dek kata yang membisa. Tambahan pula, dalam islam kita diseru agar berbicara semanis kurma dan mengelakkan berbicara sepahit hempedu.


seprti ustaz zaharuddin membicarakan, kita hidup untuk mempelajari islam serta kebaikkannya. kita juga diberi jalan yang berbeza untuk mempelajari islam kerana manusia itu berbeza-beza jiwanya.Dalam mempelajari islam, tidak terkecuali dari mengkritik dan dikritik oleh manusia itu sendiri, oleh itu kita perlu elakkan dari sifat-sifat sebegini, insyallah, Allahswt akan memberi jalan yang terbaik kepada hambaNya yang berusaha dalam mencari cintaNya.


Apakah yang ingin kita ingin orang bersaksi ke atas kita sewaktu kita mati kelak? Individu yg banyak kebaikan atau keburukan? Nabi mengingatkan "Sesiapa yang kamu bersaksi kebaikan padanya, pastilah dia akan mendapat kebaikan, sesiapa yg manusia bersaksi keburukannya, baginya keburukan.." Justeru, telitilah pengisian yang kita lakukan dalam kehidupan kita, manusia akan menjadi saksi ke atasmu juga. Matan hadis sohih Muslim :من أثنيتم عليه خيرا وجبت له الجنة ومن أثنيتم عليه شرا وجبت له النار أنتم شهداء الله في الأرضأنتم شهداء الله في الأرض أنتم شهداء الله في الأرض
petikan diatas menceritakan bahawasanya kita perlu membuat kebaikan kepada sesama manusia kerana diakhirat kelak, mereka akan menjadi saksi kepada kita dalam setiap perbuatan dan tindakan kita terhadap mereka. Namun, ada sahaja manusia yang melakukan kejahatan kerana sifat cemburu menguasai diri. Jom kita teliti kembali pengisian yang kita lakukan dalam kehidupan kita. Muhasabah diri adalah perkara yang terbaik untuk kita mengenal diri kita sendiri. 


Moga nasihat ini berguna untuk semua pembaca dan juga untuk saya sendiri, insyallah.


sharing is caring, selamat beramal.






january yang meletihkan

Bermusafir ke daerah lembah untuk menghayati keindahan alam,
sangat tenang dan tenteram...keluar dari belengu kesunyian jiwa...
bermusafir mencari identiti diri yang telah lama hilang, hanyut dilanda ombak tsunami waktu....
diriku memerlukan ruangan yang tenang untuk menghadapi hari-hari mendatang...


Ya allah, berikanlah aku ketenangan yang mendamaikan untuk menghadapi dugaanmu yang tidak terduga dek akal fikiranku...


sudah dua minggu aku merehatkan diri, menenangkan kembali gejolak emosi yang berpunca dari mata pelajaran yang merunsingkan dan karenah manusia yang mengerikan...


dua minggu ini jugak telah memberi kesan kepada mentalku dan jugak fizikalku...memohan maaf pada umie secara langsung bukanlah sifatku...kadang terasa kecewa dengan diri disebabkan superego menguasai diri..."umie, angah minta maaf sebab selalu usik umie sampai umie merajuk, angah selalu tinggi suara kat umie dan buat umie tak nak cakap dengan angah, sebab angah anak yang sangat degil, maafkan angah ea"(plan esok nak cium dahi umie pastu minta maaf dalam hati...boleh tak?-anak derhaka angah nie umie..hurmmm(T___T))


Aku jugak telah menawarkan diri sebagai pendengar dan pemberi nasihat kepada sahabat lama ku semasa belajar di sabah dahulu, dia menghadapi masalah yang merumitkan emosi dan jiwanya, ya allah engkau permudahkanlah segala urusan sahabat-sahabat ku, moga mereka berada dikalangan orang-orang yang soleh...amiiin yaa rabb...akhirnya aku temui solusi untuk mereka setelah membuat beberapa analisis dan bacaan bagi memperkuatkan lagi intipati nasihatku  pada mereka, insyallah, moga berguna kepada mereka dan juga kepada diriku, siapa tahu esok lusa adalah hariku, mungkin intipati ini dapat membina jiwaku sepertimana ia telah menaikkan jiwa sahabat-sahabatku.


macam-macam yang berlaku sepanjang januaryku, dengan tingkah adikku syafinaz yang meranggut tangkai hatiku...tiap-tiap malam aku mencari punca salahku, agaknya kenapa dia bersifat aneh sebegitu kepadaku, puas mencari solusinya dan akhirnya kutemui coretan ini dalam diari miliknya, sebak hati bila membaca coretan hatinya::
assalamualaikum..luahan hati ini ditujukan kepada keluarga saya,ayah,umi,mamat,ain angah dan along,kite mintak maaf sangat sebab balik awal sangat,satu kelemahan kite ialah kite sukar untuk membuka mulut kite walaupun kite tahu yang kite ni salah,angah kite tahu kite banyak menyakitkan hati awak walaupun awak buat baik dengan kite,kite ni tak tahu bersyukur ada angah yang baik macam awak,honestly kite sebenarnya sangat risau tentang projek kite,asgment kite walaupun asgment kite tuh sebenar nya sangat senang,kite kalau ader kerja-kerja macam ni kite sangat-sangat takut untuk menghadapi dan menyelesaikannya,kalau la diberi satu masalah kepada kite,kite lah orang yang paling pengecut,penakut,sebab nya kite blur,kite nih tak pandai pun kalo nak buat sesuatu kerja tuh sesorang,that way kite sangat-sangat memerlukan kawan,sangat menghargai seorang kwan itu,kite harap perangai kite nih dapat berubah cume masa yang menentukan,tak tahu pun seburuk mana perangai kite ini,sangat-sangat mengharapkan sokongan daripada korang,i'm trying,sebenar nya kite ni mengapa ya? sering sangat berubah laku tidak menentu,kadang ketawa penuh berlagu,dan tiba-tiba sahaja berarak mendung,bencana apa yang telah menimpa diri,ya Allah beri kekuatan kepada kami menghadapi semua yang terjadi..
kesian syafinaz, angah baru tahu kenapa awak macam nie...sedih angah baca luahan awak nie...angah harap awak dapat menghadapi setiap dugaan hidup awak, sebenarnya dalam hidup ini kita perlukan sahabat untuk kita bersandar insyallah, allah akan kurniakan awak sahabat yang baik seperti awak jugak.Jangan risau, belajar lah elok-elok, inikan cara awak belajar. Angah harap semester ini awak dapat buat yang terbaik, insyallah.


pejam-celik-pejam-celik diriku sudah berganjak ke musim percintaan yang menghangatkan...ah..inikan bulan February, siapa yang tidak kenal bulan percintaan....di melaysia pasangan-pasangan kekasih sudah tentu ada rancangannya yang tersendiri untuk menyambut bulan ini...mungkin tidak bagiku...bulan ini lebih kepada kejutan buat umie tersayang...up coming birthday...weee...belom lagi berbincang dengan along,ain,dan pinaz...yang dua tu tak dapat nak hadir tak mengapa...sekarang zaman dah modern...semua dihujung jari..so, sendiri mau ingat la kan...kami adik-beradik memang kamcing...weewiit...hehehe...


February please be nice to me...i will be nice with you as a pay back...insyallah...


Saturday, 21 January 2012

hope

sharing life together with someone that own your little heart and soul. Wondering who could be the one beside me in hard time and wipe my tears with his hand...

wondering when that day will come,i wish i will be a good wife and will cherish your life.