okey suke style mcm nie....huhuhuu
Mendongak ke Langit
10 years ago
‘ Saat ku ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia sentiasa akan menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan dilindungi.’
‘ Ku ciptakan bahunya yang kekar dan berotot untuk membanting tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya’
‘ Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya’
‘ Ku berikan keperkasaan dan mental yang kuat yang akan membuat dirinya pantang menyerah,demi keluarganya, dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya basah kuyup kedinginan kerana tersiram hujan dan hembusan angin, dia relakan tenaga perkasanya dikerah demi keluarganya dan yang selalu dia ingat, adalah di saat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih payahnya.’
‘ Ku berikan kesabaran dan ketekunan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun di setiap perjalanan hidupnya, keletihan dan kesakitan kerap kali menyerangnya.’
‘ Ku berikan perasaan keras dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, di dalam situasi apa jua sekalipun, walau anak-anaknya jarang melukai perasaan dan hatinya. Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman dan saat di mana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang membuatkan dia berasa nyaman bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu menyayangi dan mengasihi sesama saudara.’
‘ Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan padanya dan menyedarkan bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang sentiasa menemani dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isterinya agar tetap berdiri, bertahan dan saling melengkapi serta saling menyayangi.’
‘ Ku berikan kerutan di wajahnya agar menjadi bukti bahawa lelaki itu sentiasa berusaha sekuat daya fikirannya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya boleh hidup di dalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan bahawa sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, sentiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya demi kehidupan keluarganya.’
‘ Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga agar dapat digunakan sebaik-baiknya dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat.’
Jika tidak, hargai perngorbanan ayah anda, sayangi ayah anda sepenuh hati dan doakan mereka samada ketika mereka masih hidup atau yang telah meninggal dunia, sesungguhnya, mereka mengharapkan doa dari seorang anak yang soleh.. amin..
| hubungan mesra merapatkan hati yang jauh. |
Ketika kita sedang dilanda kemarahan, janganlah hati kita mencipta jarak. Lebih – lebih lagi mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak hati diantara kita. Mungkin di saat seperti itu, diam mungkin merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu akan membantu kita.
1) Diam
2) Berfikir
1. Mengapa aku perlu marah?
2. Apakah kesan kemarahan aku nanti?
3. Bagaimana pandangan Allah kepada aku?
Terlantar dalam kekusutan
umpama tiada harapan
Terlalu banyak kesilapan terlanjur kulakukan
Ku tahu aku selalu terleka
Ku tahu ku tak sempurna lima
Timbul rasa insaf
Tersedar dari godaan dunia
Daku mahu kembali ke jalan yang sebenar
Tekad sedaya upaya agar dikau sudi terima
Tinggalkan segala yang sudah
Ku di dalam gelisah
Ku mendoakan kau ampuni segala dosa...