CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, 20 June 2011

❤C.I.N.T.A❤



Ya Aziz
Jika Cinta Adalah Ketertawanan
Tawanlah Aku Dengan Cinta Kepada-Mu
Agar tidak Ada Lagi Yang Dapat Menawanku Selain Engkau

Ya Rahim
Jika Cinta Adalah Pengorbanan
Tumbuhkan Niat Dari Semua Pengorbananku
Semata-mata Tulus Untuk-Mu
Agar Aku Ikhlas Menerima Apapun Keputusan-Mu

Ya Robbi
Jika Rindu Adalah Rasa Sakit Yang Tidak Menemukan Puncanya
Penuhilah Rasa Sakitku Dengan Rindu Kepada-Mu
Dan Jadikan Kematianku Sebagai punca Pertemuanku Dengan-Mu

Ya Robbi
Jika Sayang Adalah Sesuatu Yang Mempesona
Ikatlah Aku Dengan Pesona-Mu
Agar Damai Sentiasa Ku rasakan
Saat Terucap Syukurku Atas Nikmat Dari-Mu

Ya Allah
Jika Kasih Adalah KebahagiaanYang Tiada Bertepi
Tumbuhkan Kebahagiaan Dalam Hidupku
Di saat Ku persembahkan Sesuatu Untuk-Mu

Ya Allah
Hatiku Hanya Cukup Untuk Satu Cinta
Jika Aku Tak Dapat Mengisinya Dengan Cinta Kepada-Mu
Ke manakah Wajahku Hendak Ku sembunyikan Dari-Mu

Ya Rahman
Dunia Yang Engkau Bentangkan Begitu Luas
Bagai Belantara Yang Tak Dapat Ku tembus Di Malam Yang Gelap Gelita
Agar Tidak Tersesat Dalam Menjejakinya

Ya Rahim
Berikan Alas Kaki Buat Hamba Agar Jalan Yang Ku lalui Terasa Nikmat
Meski Penuh Dengan Bebatuan Runcing & Duri Yang Tajam
Aku Sedar Semua Ini Milikmu
Dan Suatu Saat Jika Kau Kehendaki
Semuanya Akan Kembali Jua Kepada-Mu

Aku pasrahkan kehidupanku kepada-Mu

Mudah unttk melafazkan CINTA sesama makhluk, tetapi terasa sukar untuk melafazkan CINTA kepada SANG PENCINTA.

Masih samar dalam menyuluh CINTA ILLAHI. Diri ini mengetahui hanya KAU yang mampu memilih sesiapa sahaja diantara hambaMU untuk diCINTAI olehMU. Aku memohon dan berharap agar diberi peluang untuk merasai nikmat dan indahnya CINTAMU itu.

Mungkin diri ini tidak layak untuk merasai CINTAMU. Akan tetapi, aku tidak akan pernah putus harapan untuk cuba meraih CINTAMU itu.


"Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci, Cuma tanahnya lah yang berlainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipuan, langkah serong dan lain-lain perangai yang tercela. Tetapi kalau ia jatuh ke tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia, budipekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji."



Jangan pernah ditanya sebesar mana cintaku padamu.
Kerana yang pasti ku tak akan mencintaimu melebihi penciptaku.

Jangan pernah ditanya pula apakah cintaku padamu tak akan luntur.
Kerana yang pasti ku tak akan melunturkan cintaku kepada penciptaku.

Dan jangan sesekali bertanya apakah aku tak akan mengkhianatimu.
Kerana yang pasti ku akan selalu mencintai penciptaku.
Indahnya CINTA ILLAHI…♥

Saturday, 18 June 2011

Teka-teki Imam Al-Ghazali


Suatu hari Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya dan kemudian beliau memberikan pertanyaan teka-teki…

Imam Al-Ghazali : “Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”
Murid 1 : Orang tua.
Murid 2 : Guru.
Murid 3 : Teman.


Jawapan Imam Al-Ghazali :
Semua jawapan itu benar..
Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI...
Sebab itu adalah janji Allah SWT bahawa setiap yang berjiwa pasti akanmerasakan mati seperti dalam firman Allah dalam Surah Ali-Imran : Ayat 185..
"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."

Imam Al-Ghazali : “Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?”
Murid 1 : Negeri China.
Murid 2 : Bulan.
Murid 3 : Matahari.

Jawapan Imam Al-Ghazali :
Semua jawapan itu benar..
Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU..
Bagaimanapun kita..
Apapun kenderaan kita..
Kita tetap tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu..
Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini..
Hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama...

Imam Al-Ghazali : “Apa yang paling besar di dunia ini?”
Murid 1 : Gunung.
Murid 2 : Matahari.
Murid 3 : Bumi.

Jawapan Imam Al-Ghazali :
Semua jawapan itu benar..
Tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU..
 Melalui firman Allah dalam Surah Al A’raf : Ayat 179..
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahanam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah SWT) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah SWT), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah SWT). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai”.

Imam Al-Ghazali : “Apa yang paling berat di dunia?”
Murid 1 : Baja.
Murid 2 : Besi.
Murid 3 : Gajah.

Jawapan Imam Al-Ghazali :
Semua itu benar..
Tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH..
Melalui firman Allah dalam Surah Al-Ahzab : Ayat 72.
“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat[*] kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh”.
[*]: Yang dimaksud dengan amanat di sini ialah tugas-tugas keagamaan.

Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua mengatakan tidak mampuuntuk memikulnya ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di dunia ini...
Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagalmemegang amanah.
Imam Al-Ghazali : “Apa yang paling ringan di dunia ini?”
Murid 1 : Kapas.
Murid 2 : Angin.
Murid 3 : Debu.

Jawapan Imam Al-Ghazali :
Semua jawapan kamu itu benar..
Tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT..
Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia..
kita selalu sahaja meninggalkan malah meremehkan solat kita..


Imam Al-Ghazali : “Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?”
Murid-murid dengan serentak menjawab : Pedang!!

Jawapan Imam Al-Ghazali :
Itu benar..
Tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA..
Kerana melalui lidah..
Manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri..

Semoga anda dapat mengambil ikhtibar daripada teka-teki Imam Al-Ghazali..
Semoga kita berjaya dunia dan akhirat dengan keredhaan Allah.. 
Selamat beramal.. =)
Wallahualam..