CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, 30 September 2011

RAHSIA


Apabila rakan baik mula berahsia, kita mula merasakan jurang.

Rahsia selalunya akan diketahui oleh sekurang-kurangnya dua orang. 

Tetapi TIADA rahsia antara kita dengan Tuhan :)

Apa ada disebalik rahsia?

Kita lebih ingin mengetahui rahsia itu bila kita tahu kita sedang 

dirahsiakan dari sebuah rahsia !!!

Rahsia adalah amanah. Namun tidak semua rahsia itu indah!

Dirahsiakan dari rahsia. Umpama cuba bermimpi di dalam sebuah 

mimpi!

Rahsia itu sembunyi? Kalau sembunyi pasti akan dijumpa.


Thursday, 8 September 2011

Maaf



Memaafkan orang ketika marah ialah sesuatu yang janggal, tetapi 
sangat diperlukan kerana memaafkan akan terus memadamkan api kemarahan.

Adakah kita semua tahu bahawa memaafkan adalah kuasa luarbiasa yang Tuhan berikan kepada kita.
Ia adalah sebuah perasaan seperti baru berkenalan, apabila anda dimaafkan setelah berbuat salah. 
Hargailah sebuah kemaafan.

Setiap kemaafan yang diterima dan diberi adalah sebuah perasaan marah yang telah dilenyapkan.
Anda dimaafkan kerana bersalah, jangan rasa bersalah untuk memaafkan orang juga.

Sukarkan bagi kita untuk memaafkan orang yang berbuat salah terhadap kita?
Oleh itu, maafkanlah mereka ketika kita dalam keadaan yang stabil dan tidak beremosi, itu adalah cara yang terbaik.Jadilah seorang pemaaf yang membahagiakan orang yang dimaafkan.

Maaf secara ikhlas, nikmatnya tak terbalas, maaf secara terpaksa, kesannya tersiksa.
Luka yang dimaafkan akan sembuh sendiri walaupun meninggalkan parut. Tetapi lebih baik dari terbiar bernanah.

Petanda kesalahan anda dah dilupakan dan dimaafkan? Mungkin bila kesalahan anda boleh ditertawakan bersama.

kita lebih mudah meminta maaf kepada orang yang lebih penting dalam hidup.
Jadilah seorang pemaaf yang membahagiakan orang yang dimaafkan.

Tuesday, 6 September 2011

sajak ayah untuk umi


Interial monolog
(...buat kau bernama umi sharifah said....)

Tuhan
Kau dengarlah interial monologku
bagi ku Kau adalah segalanya

Hari ini pintu hatiku diketuk lagi
dengan nada santun
manik-manik jernih bergenang
     kelonggaran taqwaku
     mengundang rasa resah sang pencinta
     meronta dalam bicara
     menongkah curiga dalam tawa

Hari ini pintu hatiku diketuk lagi
pada pesona
pada bait-bait agongmu
ku selusuri mencari keangkuhanMu
pada diriku

Hari ini pintu hatiku diketuk lagi
ku tautkan limpahan kasih sayangmu
pada hawariyunku
pada pembimbingku
pada temanku
pada sahabatku
pada isteriku
pada perempuanku
      bagai suatu tika dulu
              kau hadir
              kau menjelma
              kau menjadi pilihan
bukan kerana aku orang hebat
tapi
kerana
janji kita pada rabuljalil
untuk meneruskan perjuangan
membela agamamu
menyebarkan syariatmu
mengembangkan syiar dalam diri, keluarga dan masyarakat

hari ini pintu hatiku diketuk lagi
separuh abad perjuangan ini tanpa henti
buat isteriku
buat perempuanku
buat kau yang bernama umi
            cinta, kasih sayang dan taqwaku
            tidak pernah berganjak
            walau seinci sekalipun
cuma
harapanku
kau umiku
mengertilah
       kadang kala apa yang dilihat mata
       kadang kala apa yang kita rasa
       kadang kala apa yang kita nyata
       kadang kala apa yang kita buka
       kadang kala apa yang kita suka
jarang bertemu cinta
tapi janji Tuhan diluhmahfuz
       CINTA kita telah disatukan sejak belum bermulanya kita
aminkan....agar hari hari yang mendatang
akan menjadi milik kita

Hari ini pintu hatiku diketuk lagi
Tuhan jadikan hari ini,
                     esok
                     lusa dan
                     tulat
                     serta hari -hari
adalah milik ku dan isteri tercintaku serta putra-putriku serta cucuanda-cucuanda kami.

Hari ini pintu hatiku diketuk lagi
Tuhan terima kasih untuk selamanya
kerana menyemaikan bibit cinta kami
yang disirami dengan baja taqwamu
moga cinta kami di limpahi dengan nikmat kasih sayangMu selamanya.

9.35 am - pusat sumber IPG KBM 5/9/2011

happy anniversary umi & ayah...semoga allah swt mengekalkan tautan kasih dan sayang kalian hingga ke syurga...anggaplah apa yang telah berlaku dugaan hidup kalian dalam mengekalkan rasa cinta kepadaNYA...sesungguhnya allah swt maha pengasih dan penyayang...

Sunday, 4 September 2011

cuba dan terus mencuba

gagal
buat aku terdetik
ingin tahu
apa silapku.
gagal
buat aku sedar
tak mudah untuk berjaya.
gagal
buat mindaku berputar
cari jalan penyelesaian.
tapi
gagal
tak pernah buat aku
hilang semangat.
gagal
gesaan buat aku
terus mencuba
sampai berjaya.

Sunday, 21 August 2011

Rintihanku, hanya padaMU tempatku mengadu


Ya Allah..

Jadikanlah aku ,wanita yang Sholehah ..

Yang baik diantara yg Terbaik ..

dan kurniakan aku pendamping yg Sholeh ..

dalam mendapatkan sesuatu yg Terbaik dari-MU YA ALLAH


Ya Allah..


Andainya dia baik untukku, demi duniaku dan akhiratku,

Maka satukanlah kami dalam istilah cinta yang akan berakhir dengan 


perkahwinan,

Tapi andainya dia tidak baik demi duniaku dan akhiratku,

Maka pisahkalah kami dalam istilah persahabatan dan persaudaraan 


Islam..


Aamiin ya Robb..



Thursday, 18 August 2011

Janji


janji bintang
malam takkan sendiri

janji bulan
malam takkan sepi

janji hujan
malam takkan sunyi

janji kita
satu hari pasti bersama..pasti.

Wednesday, 17 August 2011

Tanya sama pokok apa sebab goyang



Tersesat malu bertanya

Tak tahu tak tahu kemana
Terlalu banyak alasannya
Duk terdiam

Menyusur dikaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada
Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada
La la la la la la la la la
La la la la la la la lalalalalaaaa
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok


sedang menhayati lagu hazama sebab umie jadikan lagu lullaby a.k.a lagu favorite dia...Sambil tu fikiran melayang mencari makna disebalik lirik dan dendangannya...Lagu ni mnceritakan tentang seseorang yang sudah putus harapan...dia mempunyai pilihan tapi keliru dengan pilihan sendiri...Tanya sama pokok apa sebab goyang maksudnya "tanya pada diri kite mcm mana nak maju"...Jawab angin yang goncang-maksudnya "jwapan ada pada diri kite,nk berjaya atau tak nak..tu jew"...terbang burung terbang patah sayap di duga...membawa maksud "kalau nak maju bukan senang,pelbagai halangan kite kena tempuhi.."


Fuhh!!...memerahkan otak untuk mengetahui maksud lirik lagu hazama nie.....terserah pada kita nk mentafsir sesuatu lirik mengikut perspektif masing-masing.