CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, 21 June 2013

keruan

makin lama makin berbisa lidah...
makin menyakitkan hati bila berkata-kata...
semua tak kena...
menjawab dengan perkataan yg berbisa....
Jahatnya mulut....
Apalah dosaku sampai jadi mcm nie?
Kifarah dosa...ujian makin banyak mendatang....
lepas satu...satu lagi menunggu...semput menahan sabar...
sampai tahap sabarku kemuncak...
habis hambur peluru kata berbisa...
berdas-das kena...
tapi sasarannya sangat ampuh....
sungguh liat mahu ditumbangkan....
lempiaskan kemarahan pada orang dikeliling...
sampaikan dibawa ke mimpi...
Allahhuakbar....melata dosaku dipelusuk negeri hati...
sampaikan sabarku berderai dek kerana baranku...
Lama kutinggalkan Ar-Rahman....
rindu bertamu dipelusuk hati....
ALLAH~

Sunday, 31 March 2013

Kotak Rasa

cuba kau capai kotak itu
yang duduk di sisi pintu hatiku.

bukalah.

baru kau tahu 
apa itu remuk hati
luluh jantung
sesak jiwa
dan segala rasa yang wujud
dalam duniaku.

tiada baitku untukmu lagi
cukuplah sampai di sini.

Noktah.

Saturday, 9 March 2013

Pilihan

Pilihan itu satu ujian. Dan selalunya pilihan kita tak sama dengan ketentuan Tuhan. Juga pilihan orang lain tak semestinya selari dengan harapan kita. Tak ada apa yang boleh kita lakukan selain mendoakan pilihan yang orang lain buat tu adalah yang terbaik yang Tuhan pilihkan untuknya, dan pilihan yang tak sesuai dengan kehendak kita itu adalah kerana Tuhan mahu mengajar sesuatu :)

monolog hati

terkadang,
mereka tersalah sangka.

mereka menyangka,
kita mahu penghargaan yang besar.
kita mahu sesuatu yang istimewa,
kita hanya mahu sesuatu yang luar biasa.
sedang hakikatnya,
kita cuma mahu sesuatu yang sederhana.
penghargaan yang sedikit.
pehatian yang sekejap,
terkadang itu sudah memadai.

bahkah,
terkadang,
itu sudah lebih dari mencukupi.

kadang-kadang,
hal-hal yang remeh, mudah, sedikit dan sekejap,
itulah yang paling bermakna.
dan kalaulah mereka mengerti.

Sunday, 3 February 2013

sibuk

Agak lama aku tidak mencakar dinding ilusi, Membenih mimpi dan mencetak ayat terapi, Pohon ini makin layu, Daunnya makin kering, Tanpa air dan mentari ia cuba berasimilasi, Dalam dingin kubikel terasing. Agak lama aku tidak mencakar dinding ilusi.


Saturday, 2 February 2013

monolog hati yg keliru.

kau pasti akan mencintai segala yang aku tiada, setelah kau mendapati zahir ke-ada-an aku. lalu, akankah hati hati kita tiada lagi terikat lepas terguris terleleh darah yang menyebak dan menerbitkan jernih air pada mata-mata kita hanya kerna mengetahui akan hakikat diri kita sendiri?. kau perlu tahu. Adanya aku , adalah ke-tiada-an itu sendiri! .... Jujur. dengan segala yang aku tiada, masihkah kau ingin bersamaku lagi? ~ahmad baihaqi~

Tuesday, 29 January 2013

move on



Close some doors today. Not because of pride, incapacity or arrogance, but simply because they lead you nowhere.
PAULO COELHO  (VIA PERMENANTHEADAMAGE)(SOURCE: LARMOYANTE)