"Moga Kali ini saya tidak selalai Ramadhan yang lalu! " Sering saya ingatkan diri....TAPI ianya tak cukup sekadar "mengharap" atau "mahu"..tahu, mahu dan mampu adalah perkara yang berbeza....
Dan kuncinya pembaca semua...kuncinya Wardina... ASANYA ialah DI DALAM HATI...QALB kita yang sentiasa berbolak balik ini.
In your HEART..."Your heart is the beginning of your deeds" - SYeikh Yahya Ibrahim..."and the fruit of your heart will show in your 1. ACTIONS 2. TONGUE 3. DEEDS"
Hasil dari hati kita akan dizahirkan melaui 1.PERBUATAN 2. KATA-KATA YANG DIZAHIRKAN (dalam FB, Twitter mahupun Forum) dan 3. AMALAN
Ramadhan seharusnya menanggalkan segala "karat" yang biasanya sangat sukar untuk di'bersih'kan kerana hakikatkatnya bila kejahatan yang kecil sudah dibiasakan... ianya tidak menjadi salah lagi. Rasa bersalah tatkala menipu, mencaci, mengumpat, mengejek, mengambil rasuah, meninggalkan solat, tidak puasa, minum arak tidak lagi dibayangi rasa gelisah, malah seronok dan mudah. Maka sekiranya masih ada "cebisan" rasa tidak enak dalam diri tatkala anda melakukan perbuatan-perbuatan salah ini... ianya "signal" masih belum terlambat. Save yourself and get out of there NOW! Pintu taubat terbuka luas.... Allah is waiting for you...YES YOU..YOU READING THIS! AND ME TOO...ME TOO!
Tiada apa yang dapat 'menyedarkan' seseorang DARI LAMUNAN ENAKNYA melainkan dengan menarik sedikit kalau tidak banyak, dari kesenangan diri! Kalau duduk dalam aircond selalu tak mungkin kita 'merasai' panas teriknya di luar bukan??
Kalau tidak berpuasa tidak terdidiklah Taqwa dan kesedaran di dalam diri. Menarik kembali sesuatu nikmat yang disenangi, akan membantu menyedarkan kita...bahawa sebenarnya kita ini sangat beruntung! Jesturu, kita diberi peluang melalui 'penarikan nikmat' ini, untuk melihat sesuatu dari perspektif yang berbeza - PAIN IS GOOD FOR YOU. IT MAKES YOU HUMAN.
KESENGSARAAN DAN KESEDIHAN ITU SEBENARNYA BAIK UNTUK KITA. Jadi usahlah mengharap untuk "bahagia" sentiasa, kerana kadang kala bahagia dan tawa amatlah melalaikan. KESEDIHAN MEMBUATKAN KITA MENJADI "MANUSIA" berbanding cuma 'orang' - "Manusia" yang peka dengan keperluan dan perasaan orang lain juga diri sendiri. Ada sesuatu yang terdetik dimana? Ya! Dalam HAti! Kesedihan dan menarik kembali kesenangan/nikmat membersihkan HATI ini... supaya lebih dekat dengan Ilahi.
Mari Kita kawal Diri... Bersama-sama, bantu membantu untuk menjadikan diri dan semua orang yang kita sayangi mahupun yang dibenci...semua yang kita kenali supaya menjadi "lebih baik" .
PUASA INI PERISAI! Allah beri kita peluang ini untuk MENDISPLINKAN DIRI. Janganlah kita sia-sia kan...
BULAN RAMADHAN PENUH BARAKAH! Tapi ianya bergantung kepada "KEIKHLASAN" kita. Kita lebih mengenali diri dari orang lain. Kita lebih arif dengan kelemahan diri yang sering disembunyi ini..... Kita semua , masing-masing ada cabaran masing-masing...cabaran saya melawan "kekurangan" saya lain dari "kekurangan" anda....Tapi mari kita cuba! Hamba yang sentiasa bertaubat amat disayangi Allah!
(contoh: Buat sikit-sikit...sebelum ni kalau selalu subuh tak bangun..kali ni kita bangun ON TIME! Azam tu kena ada..Sebelum ni tak faham bacaan Fatihah..kali ni kita bukak tafsir dan fahamkan..rasai KENIKMATAN melakukan kebaikan ni..senyum dan ucapkan TAHNIAH pada diri)
Tanya pada diri adakah kita MASIH SAMA? PAKAI BAJU YANG SAMA? DI TEMPAT YANG SAMA? BERKELAHI DENGAN ORANG YANG SAMA?... MENGENAI ISU YANG SAMA? ADUH! Sampai bila nak SAMA saja??? So when do you plan to stop? Bila nak minta maaf DAN MENGHUBUNGKAN KEMBALI SILATURRAHIM ITU???
Ingatlah kembali mereka yang sudah pergi meninggalkan kita dan tiada lagi pada Ramadhan ini... :(
Ramadhan ini sekurang-kurangnya mari kita LAFAZKAN SATU JANJI PADA DIRI SENDIRI, UNTUK LEBIH DEKAT PADA ILAHI DENGAN MENCAMPAKKAN SEGALA SIFAT YANG BURUK DALAM DIRI INI JAUH KE TEPI! HUMBANKAN YANG TIDAK BAIK SELAMANYA PERGI! Goodbye! So long...Aku mahu berubah...you can ..I can soooo....GO,GO,GO...
LAHIRKAN SATU PERASAAN YANG INGINKAN HUBUNGAN DENGAN ALLAH SUPAYA LEBIH DEKAT SECARA SEDAR!
Tapi jangan cuma harap... BUAT! Kita tinggalkan kesukaan nafsu kita, termasuklah masa yang berjam-jam dihabiskan di FB ni...:) Puasa mengembalikan hak hati yang dirampas oleh nafsu selama ini!!!
Tapi kenapa agaknya sesetengah orang "berpuasa" tapi tak nampak kesan??? Macam tulah juga perangainya...masih penuh dan bersarang dengan dengki dan busuk hati....
Hadith Riwayat Bukhari dari Abu Hurairah - Abu Hurairah pernah hidup bersama Baginda Nabi SAW dan memeluk Islam 4 tahun sebelum Nabi SAW wafat...Abu Hurairah digelar "bapa kucing" kerana sifattnya yang penyayang..bersolat sambil meletakkan kucing di dalam lengan bajunya :) Beliau merupakan antara sahabat yang paling miskin suatu ketika...tetapi antara sahabat yang paling BIJAK...menghafal sehingga 6000 hadith..MasyaAllah..PENGAJAARANNYA!!! - BIAR MISKIN HARTA, JANGAN MISKIN ADAB DAN ILMU!
" Barangsiapa yang TIDAK meninggalkan kata-kata dusta dan beramal dengannya maka tidak ada keperluan baginya
untuk meninggalkan makan dan minum kerana Allah"
Sekadar Peringatan untuk diri saya sebenarnya...:) Kalau tak tulis tak ingat...
Ramadhan ini, mari kita berdoa supaya Allah buka ruang dan peluang untuk kita 1. Bersedeqah 2. Membaca QUran dan bertadabbur dengannya lebih lagi dari hari biasa...3. Allah buka dan tajamkan minda kita untuk menghafal ayat-ayat Quran 3. Diberi peluang untuk Ziarah orang Sakit 4. Diberi kesempatan untuk mengiringi Jenazah 5. Diberi peluang untuk berbuat BAIK denagn sesiapa saja! Senyum, buang sampah..tolong orang!
Semoga kita mendapat puasa Khusus-al-Khusus - yakni puasa hati dari segala yang lain dari Allah - Redha cuma dengan Allah sepenuhnya...and to do that my dear friend is NOT going to be easy....untuk melakukannya tidaklah mudah...
"Never can a person control themselves/their nafs, unless they increase their deed...their good"
At the end of the day... "Dan keredhaan Allah lebih besar. Itulah yang kemenangan yang Agung" At-Taubah:72
Dan itulah yang cuba saya cari..... I hope to win...
Cuba redha dengan sedikit,
Inspired by Syeikh Yahya Ibrahims speech...bless him. Amin