CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, 14 December 2012

mimpi

mimpi owh mimpi....menggamit rasa dan qalbu....
siapa tak suke mimpi kawen kan....tp nie mimpi lain macam jea...
suasana sangat meriah tapi terasa ada ruang kosong dalam hati...
sepatutnya aku menjemput sahabat baik ku tetapi dia tidak ada dalam majlis tersebut...
mimpi nie begitu pantas..bagaikan gambar-gambar yang bertaburan dan melayang-layang dihadapanku....satu persatu ku singkap gambar tersebut...semakin ingin ku gapai semakin cepat masa berlalu....rumit sangat....fikiran warasku tidak boleh menelah apa yang sedang aku hadapi.....tetapi apa yang aku pasti aku bersama dengan belahan jiwaku yang kini berada dimesir sedang bertungkus lumus menyiapkan pengajiannya....Allahhu...sakit kepala memikirkannya....belum pernah aku bermimpi sedemikian....ingin kembali bermimpi...supaya dapat selesaikan peperangan jiwa dan emosi....tetapi berlainan daripada aku sangkakan...aku telah beranjak ke hadapan dari yang sepatutnya....persekitaranku sangat aman dan harmoni...penuh dengan gelak ketawa....tetapi aku disentap dengan gurauan yang kasar....sehinggakan gigi geraham ku patah....ya allah...apakah ini??....yang lebih menghairankan aku tidak merasa sakit di bahagian gigi ku tetapi lebih kepada hati.....menjadi persoalan jiwa...tanda tanya pada diriku...ya allah...sampaikan aku takut untuk tidur....takut bermimpi...sedangkan aku tidak bersedia menerima semua yang bakal terjadi....


 "Anyone whom Allah intends good, HE makes them to suffer from some affliction (test/pain)"

        -Riwayat Al-Bukhari
It takes some pain to have those wonderful miracle and gift. Allah is listening to you you and you! HE KNOWS, EVERY SINGLE THING (:

Saturday, 24 November 2012

persahabatan


Dan seorang remaja berkata, Bicaralah pada kami tentang Persahabatan.

Dan dia  menjawab:

Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.

Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.

Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.

Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.


Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”.

Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam  persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.

Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;
Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.

Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.

Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.


Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.

Gerangan apa sahabat itu jika  kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?

Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!

Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.

Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..

Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.


~ Khalil Gibran




Friday, 23 November 2012

facinating me...




okey suke style mcm nie....huhuhuu

keistimewaan seorang ayah



Assalamualaikum.
Saya ada menemui satu artikel ini. Saya ingin berkongsi kepada anda semua. Sebuah artikel mengenai keistimewaan seorang ayah. Saya pasti, semua orang mempunyai ayah bukan? Samada yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia. Ayah mahupun ibu tiada pengganti, sesaat kita dilahirkan, mereka tetap ibu dan ayah kita. Tiada sesiapa dapat mengubah kebenaran tersebut.
Pada suatu ketika, ada seorang anak kepada seorang wanita bertanya kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-kerut dengan badannya yang mulai terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya.  Anak wanita itu bertanya kepada ayahnya:
 ‘Ayah, mengapakah wajah ayah semakin berkerut dan badan ayah makin hari makin terbongkok?’
 Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang santai di beranda.
 Ayahnya menjawab : ‘sebab aku lelaki’.
Hanya perkataan itu yang diungkapkan dari mulut ayahnya. Anak wanita itu seolah tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh ayahnya lalu berkata,
 ‘aku tidak mengerti’
 Ayah hanya tersenyum lalu dibelainya rambut anak wanita itu dan terus menepuk-nepuk bahunya dan kemudian ayahnya berkata,
‘anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki’
 Anak wanita itu bertambah bingung.
 Kemudian anak wanita itu menghampiri ibunya pula lalu bertanya,
 ‘ibu, mengapa wajah ayah semakin berkerut dan badannya semakin hari semakin terbongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit?’
 Lalu ibunya menjawab,
‘anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarganya  memang keadaannya sedemikian’
 Sehinggalah anak wanita itu meningkat dewasa tetapi dia masih mempunyai perasaan ingin tahu yang sangat tinggi mengenai persoalannya sebelum ini.
 Hingga pada suatu malam, anak wanita itu bermimpi. Di dalam mimpi itu, seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata satu rangkaian kalimat sebagai jawapan kepada persoalannya sebelum ini.

‘ Saat ku ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia sentiasa akan menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan dilindungi.’

‘ Ku ciptakan bahunya yang kekar dan berotot untuk membanting tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya’

‘ Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya’

‘ Ku berikan keperkasaan dan mental yang kuat  yang akan membuat dirinya pantang menyerah,demi keluarganya, dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya basah kuyup kedinginan kerana tersiram hujan dan hembusan angin, dia relakan tenaga perkasanya dikerah demi keluarganya dan yang selalu dia ingat, adalah di saat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih payahnya.’

‘ Ku berikan kesabaran dan ketekunan yang akan membuat dirinya  selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun di setiap perjalanan hidupnya, keletihan dan kesakitan kerap kali menyerangnya.’

‘ Ku berikan perasaan keras dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, di dalam situasi apa jua sekalipun, walau anak-anaknya jarang melukai perasaan dan hatinya. Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman dan saat di mana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang membuatkan dia berasa nyaman bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu menyayangi dan mengasihi sesama saudara.’

‘ Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan padanya dan menyedarkan bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang sentiasa menemani dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isterinya agar tetap berdiri, bertahan dan saling melengkapi serta saling menyayangi.’

‘ Ku berikan kerutan di wajahnya agar menjadi bukti bahawa lelaki itu sentiasa berusaha sekuat daya fikirannya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya boleh hidup di dalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan bahawa sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, sentiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya demi kehidupan keluarganya.’

‘ Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga agar dapat digunakan sebaik-baiknya dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat.’

Terbangun anak wanita itu dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa sehingga menjelang subuh. Setelah itu dia menghampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, dan ketika ayahnya berdiri, anak wanita itu mencium telapak tangan ayahnya sambil berkata ‘ AKU MENDENGAR DAN MERASA BEBANMU AYAH’.
 Mari kita kembali mengingati segala perngorbanan ayah kita yang tidak pernah meninggalkan kita sejak kita dilahirkan hinggalah kita meningkat dewasa. Terlalu banyak perngorbanan yang mereka lakukan samada kita tahu dan di luar pengetahuan kita. Kita sebagai anak, jangan sesekali membenci ayah kita, jangan sesekali menderhakanya padanya, jangan sesekali melukakan hatinya.
Jika anda merasakan ayah anda selalu mengongkong anda, ingatlah, satu hari nanti kaum adam yang sedang meningkat remaja ini juga akan menjadi seorang ayah. Mereka juga akan memikul tanggungjawab sebagaimana yang ayah mereka tanggung sebelum ini.
 Andai kata kita seorang ayah, mahukah kita melihat anak gadis kita disentuhi lelaki yang bukan muhrim? Mahukah kita melihat anak gadis kita berpeleseran di jalanan dan mahukah kita melihat anak kita menjadi seorang manusia yang tidak berguna pada masa akan datang? 
Jika tidak, hargai perngorbanan ayah anda, sayangi ayah anda sepenuh hati dan doakan mereka samada ketika mereka masih hidup atau yang telah meninggal dunia, sesungguhnya, mereka mengharapkan doa dari seorang anak yang soleh.. amin..

Jarak antara dua hati

hubungan mesra merapatkan hati yang jauh.


Suatu hari seorang  guru bertanya kepada murid-muridnya, “Mengapa ketika seseorang sedang  marah, dia akan bercakap dengan suara kuat atau berteriak?”
Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab, “Kerana dia telah hilang sabar, oleh itu dia berteriak.”
“Tapi…” guru bertanya kembali
“Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya. Mengapa perlu berteriak? Kenapa dia tak  berbicara secara lembut?”
Hampir semua murid memberikan pelbagai alasan yang dirasakan logik menurut  mereka. Namun tiada satu pun  jawapan yang memuaskan.
Maka guru berkata, “Ketika dua orang sedang berada dalam  kemarahan, jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walaupun  secara luaran mereka begitu dekat. Oleh itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak.
Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara mereka  menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih kuat dan keras lagi.”
Guru masih melanjutkan, “Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta?
Mereka tidak berteriak, mereka berbicara dengan suara yang keluar dari mulut mereka dengan begitu perlahan dan kecil. Seperlahan bagaimana pun, kedua-duanya masih dapat mendengar  dengan begitu jelas.
Mengapa demikian?” Guru bertanya sambil memerhatikan muridnya.
Mereka kelihatan berfikir panjang namun tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan. “Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak.  Sepatah kata pun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan.”
Ketika kita sedang dilanda kemarahan, janganlah hati kita mencipta jarak. Lebih – lebih lagi  mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak hati diantara kita. Mungkin di saat seperti itu, diam mungkin merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu akan membantu kita.


Wednesday, 7 November 2012

cara mengawal marah dengan konsep pause


Konsep pause adalah cara yang baik bagi mengurus kemarahan. Konsep ini mendekatkan kita kepada tindakan secara rasional. Menjadi penyabar semasa marah adalah jalan terbaik. Tetapi kadangkala kita lupa sebenarnya bergerak ke satu kesabaran itu memerlukan kita pantas merasionalkan diri kita. Oleh itu, konsep “pause” boleh digunakan bagi membantu diri menjadi rasional semasa marah.
Aplikasi konsep pause mudah sahaja. Kita hanya perlu melakukan dua perkara iaitu:
1) Diam
2) Berfikir
Semasa kita dimarahi juga, kita perlu melakukan dua perkara diatas.
Langkah yang pertama, kita perlu diam. Kuasa diam begitu besar kerana secara tidak langsung ia mampu menerbitkan kesabaran akibat dari permulaan kita melakukan tindakan kedua iaitu berfikir.
Langkah kedua yang perlu dilakukan untuk mengawal marah ialah berhenti sejenak dan berfikir.
1. Mengapa aku perlu marah?
2. Apakah kesan kemarahan aku nanti?
3. Bagaimana pandangan Allah kepada aku?
Sekiranya persoalan – persoalan ini diteliti, ia mampu mengembalikan kita kepada realiti keadaan sebenar. Kita kembalikan diri kita kepada beberapa aspek rasional diri dan kesannya kita akan tersedar dari minda separa sedar semasa marah. Lalu akan terbit rasa timbang rasa kepada pihak yang menerbitkan rasa marah kita itu.
Sir Walter Scot, seorang pengarang Scotland mengatakan bahawa “Timbang rasa adalah laksana lantai perak atau benang sutera yang mempertalikan hati dengan hati, akal dengan akal dan tubuh dengan jiwa.
Oleh itu, konsep pause ini sedikit sebanyak mampu menerbitkan rasa sabar sebagai salah satu jalan mengurus perasaan marah yang meluap – luap itu. 

Tuesday, 6 November 2012

Belajar sabar seperti Asiah.

Ya, manusia memang pelbagai ragam. JANGAN BERKECIL HATI, adalah ungkapan yang sentiasa terngiang di telinga aku sejak hari itu. Jika kita suka mengharap agar kebaikan kita dihargai dan disebut-sebut, aku rasa kita tersilap planet. Hal itu perlu difikirkan semasak-masaknya oleh kita semua.

Pegang sahaja slogan "GOD IS MY CEO". Buat kerja, biar jadi ibadah, itu sahaja justifikasinya. Tabarakallah. ♥ 

"Hati" ni kalau bukan kita sendiri yang nak pujuk, siapa lagi. Kalau tak pujuk, melarat lah nanti. Dah la payah gilaa nak jaga "HATI" ni. Nak kena jaga hati orang lagi. Haihh. Kita usaha pujuk dan jaga. Allah yang beri kekuatan.

Monday, 5 November 2012

sepi

Duka ini adalah anak anak sepi Pada rumah sebuah puisi;  Diam mereka di tangga kata serangkap nestapa Penyajak itu tidak lagi tahu bagaimana mahu mengeja bahagia.

Sunday, 4 November 2012

sombong

mengeluh... mengeluarkan nafas dengan berat sekali,
memikirkan bakal family baru, sangat menyesakkan kotak fikiran ku,
aku bukan lah seorang yang ego tetapi cukup berkadaran,
jangan di provok kerana aku tidak suka,
apa engkau ingat dirimu sangat hebat dengan hanya mengatakan kata-kata kalimah,
mungkin ia hanya dapat menenangkan mu,
berpijak dibumi yang nyata,
jangan mendabik dada,
semua orang ada ceritanya tersendiri, 
bukan semua orang rentak hidup sama dengan engkau,
jangan diratapi apa yang telah berlaku,
tetapi melihat balik apa yang telah engkau lakukan sepanjang hidup engkau,
berkeluh resah dan hanya pasrah dengan ketentuan,
bukan begitu caranya,
bukankah allah telah memberi kita senjata yang paling hebat kepada kita?
'DOA' senjata yang terhebat, rayuan kita kepada allah, bisikaan kita kepada dia, DIA rindu akan kita yang mudah lupa, DIA cuba ingatkan kita dengan DUGAAN, 

muhasabah diri itu penting, jangan nak pentingkan diri sendiri!
aku benci orang sebegitu, menganggap diri memahami tetapi tidak sebenarnya,
berfikir tanpa otak, memahami tanpa berfikir,
jangan disangka aku diam kerana aku kalah dengan kata-kata engkau, 
tetapi aku letih bercakap dengan orang seperti engkau.
 

Wednesday, 31 October 2012

Usaha bukan Usha

Kejayaan itu datang dengan usaha.
Namun manusia hanya sukakan yang ajaib,
maka dia menyangka dengan berdoa semata-mata,
dia akan mendapat segala-gala.

Doa hanya sebahagian daripada usaha,
sesiapa yang usahanya hanya berdoa sahaja,
maka dia belum bersungguh-sungguh di dalam usahanya.

Jikalau doa dapat menyelesaikan segala-gala,

pasti Rasulullah yang kita cinta,
tidak akan terperah keringat,
dan darah baginda.
 
kadang kala diri ku tidak mengerti mengapa manusia sering mengharapkan sesuatu tanpa usaha,
mengharapkan sesuatu yang ajaib bakal menjelma jika kita berdoa sahaja,
adakah otak mereka sudah dibekukan oleh cerita-cerita dogeng rakyat atau orientalis khayalan inggeris?
meletakkan harapan yang paling tinggi pada yang maha mengetahui itu sangat bagus tetapi adakah kita telah berusaha dengan selayaknya? harus dijawab dalam diri kita persoalan sebegitu.
berusaha dengan keringat bukan dengan khayalan.
 
 
 

Tuesday, 30 October 2012

Family Outing

langkawi owh langkawi...pulau yang penuh kedukaan seorang wanita yang dipalitkan dengan seribu fitnah...hanya disebabkan perasaan cemburu dan irihati pada mata yang memandangnya...eh eh...sebenarnya nak cerita pengalaman kami sekeluarga bercuti di langkawi...perjalanan yang cukup panjang dari bangi ke kuala perlis untuk menaiki feri ke langkawi...so, dalam perjalanan tu memang confirm laa membuta jea, singgah-singgah R&R untuk makan minum n jumpa encik T....yang ikut berjalan hanya anak dara jea yea...yang teruna semua bekerja...weee...so its a girl chill out...yeahh!! eh eh lupa pulak ada ayah kite yang sangat sabar melayan karenah kami...weeehuuu...sebenarnya nak update blog nie lama lagi tetapi my chubby sister dah sound kan supaya upload gamba di sini...sebab dia hanya menggunakan broadband so agak limited untuk melihat video yang saya buat....okey no matters are, ini dia gamba-gambanya:

sweet sangat gamba nie heeee


tengah tunggu ayah ambil kete myvi untuk disewa...memang panas giler waktu nie...