CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, 31 March 2013

Kotak Rasa

cuba kau capai kotak itu
yang duduk di sisi pintu hatiku.

bukalah.

baru kau tahu 
apa itu remuk hati
luluh jantung
sesak jiwa
dan segala rasa yang wujud
dalam duniaku.

tiada baitku untukmu lagi
cukuplah sampai di sini.

Noktah.

Saturday, 9 March 2013

Pilihan

Pilihan itu satu ujian. Dan selalunya pilihan kita tak sama dengan ketentuan Tuhan. Juga pilihan orang lain tak semestinya selari dengan harapan kita. Tak ada apa yang boleh kita lakukan selain mendoakan pilihan yang orang lain buat tu adalah yang terbaik yang Tuhan pilihkan untuknya, dan pilihan yang tak sesuai dengan kehendak kita itu adalah kerana Tuhan mahu mengajar sesuatu :)

monolog hati

terkadang,
mereka tersalah sangka.

mereka menyangka,
kita mahu penghargaan yang besar.
kita mahu sesuatu yang istimewa,
kita hanya mahu sesuatu yang luar biasa.
sedang hakikatnya,
kita cuma mahu sesuatu yang sederhana.
penghargaan yang sedikit.
pehatian yang sekejap,
terkadang itu sudah memadai.

bahkah,
terkadang,
itu sudah lebih dari mencukupi.

kadang-kadang,
hal-hal yang remeh, mudah, sedikit dan sekejap,
itulah yang paling bermakna.
dan kalaulah mereka mengerti.