CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, 29 July 2011

Bintang

dengan kuasaMU jiwaku tergoncang
terus melayang mengembara cinta


dengan kuasaMU hati telah terpaut
lalu terikat ditawan cinta


dengan kuasaMU mataku memandang
sepenuh sayang dia tercinta


dengan kuasaMU pastiku diseru
dan kan menyatu diambang cinta


bukan bibir ini berbicara namun jiwa ini berbahasa
dalam lamunan ku yakinkan kaulah teman kebahagiaan


Tuhan temukan daku penawar terluka ditusuk duri cinta
hanya dia, cuma dia yang kan mampu menyembuhnya


dan terus aku terus berdoa........


Dalam beribu kemilau bintang yang ada
hanya itu yang punya kerdip mempersona
tak tahu mengapa, hanya itu tak dibayang cahaya siapa-siapa


hey, bintang tinggi sudi berteman dengan bumi??

Takdir

Sedang aku berusaha untuk meninggalkan masa lalu
kerana masa yang sudah berlalu telah selesai
selesai ...tenggelam... seperti terbenamnya matahari
tidak akan menangisi masa yang sudah berlalu
biar sesaatpun tidak akan aku ingati masa yang telah berlalu
pergilah semua ...tinggalkan aku , jangan kembali lagi....

wahai masa depan , berilah aku peluang
berilah aku laluan tanpa agakan dan perjudian
meski engkau masih dalam keghaiban
kerana esok hari adalah seauatu yang belum diciptakan.....

dipetik dari blog citra insan...
~kadang-kala berpuisi dapat menyampaikan isi hati yang tersirat dengan lapikkan bahasa kita.

Friday, 22 July 2011

pujukan ibu bila hati seorang anak rawan

takut itu kekuatan
lemah itu bukan pilihan
minta-minta itu larangan
senyum itu meraikan

Belahan Jiwaku Ada Disana❤

Duhai peri,
hantar aku semula
ke dunia mimpi
semalam, yang telah
berhias bunga-bunga
berlangit pelangi cerah.

Biar bintang
merajuk,
biar gemawan
meradang;
jangan biar
aku mati
dalam
rindu, yang tak
tertanggung.

Duhai hati bersabarlah.

Wednesday, 20 July 2011

insan dan manikam

Ya insan yang hadir
Dengarkan semua
Ku isytiharkan dengan hati terbuka
Ya insan yang daif
Insaflah semua
Manikam yang di sangkakan
Bukan yang asli
Hanya seiras dan serupa
Ya insan yang hagas
Awasilah semua
Maya yang indah
Ada kudisnya
Jangan terpedaya

Angin yang membawa berita
Pancaindera yang memang lemah
Mudah terkeliru

Pak tua menangis sendiri
Mengenangkan nasib diri
Walaupun puas mencari
Namun belum ketemui
Cik Buyung riang selalu
Damai dan senang hati
Walaupun tak berusaha
Dia ketemui

Dia ketemui
Apa dicari
Dia ketemui
Yang abadi
Dia ketemui

Alam yang membawa cerita
Pancaindera yang memang lemah
Mudah terkeliru








cermin mimpi



Kekadang kita terlupa siapa diri kita sebenarnya. Lagu ini memaparkan kekeliruan diri. Tafsirlah bait bait lagu ini. Indah dan medalam maksud yang tersurat.

Di balik cermin mimpi
Aku melihat engkau
Di dalam engkau
Aku melihat aku
Ternyata kita adalah sama
Di arena mimpi yang penuh bermakna

Bila bulan bersatu dengan mentari
Bayang-bayang ku hilang
Di selebungi kerdip nurani
Mencurah kasih, kasih murni
Mencurah kasih

Di balik cermin, cermin mimpi
Adalah realiti yang tidak kita sedari
Hanya keyakinan dapat merestui
Hakikat cinta yang sejati
Hakikat cinta yang sejati

Dengan tersingkapnya tabir siang
Wajah kita jelas terbayang
Dan terpecah cermin mimpi
Menjadi sinar pelangi
Pelangi

Monday, 18 July 2011

Istikharah cintaku

ISTIKHARAH CINTA

Istikharah cinta memanggilku..
memohon petunjukMu..
satu nama teman setia..
naluriku berkata..

Bismillahirrahmanirrahim...
"Ya Allah, ku memohon padamu, sekiranya dia ditakdirkan untukku dan aku ditakdirkan untuknya,
maka peliharalah kami dalam batas-batas syariat,
jika dia tidak ditakdirkan untukku dan ku tidak ditakdirkan untuknya,
maka jauhilah diriku daripada memikirnya dan jauhilah dirinya daripada memikirkanku"
Ameen

Thursday, 14 July 2011

Bila Hati kecewa

Setiap insan pasti pernah merasa kecewa...Ya KECEWA...Macam-macam jenis kecewa...ada Kecewa bila apa yg diharapkan tidak menjadi..Kecewa bila orang lain dapat tapi tidak kita..Kecewa bila seseorang sudah bagi harapan dan akhirnya ditinggalkan...Kecewa bila perkara yg paling di sukai tidak dapat di kecapi...Kecewa bila sesudah bersusah menempuh dugaan tapi tiada hasilnya...Kecewa itu...kecewa ini...Hakikatnya..kecewa itu hanya satu perasaan hatiketidakpuasan hati kerana yang diimpikan tidak dapat dirasai..

Dan inilah UJIAN buat insani.Ujian dari ALLAH untuk mendidik hambanya menjadi sabar dan redha atas segala ketentuanNya.Mengingatkan manusia bahawa ALLAH berkuasa makhluk tidak punya kuasa apa-apa...Manusia hanya mampu merancang tapi perancang yang terbaik adalah ALLAH...

Bila kecewa bukan bermakna kita rugi atau hidup tidak bermakna.tetapi ALLAH ingin memberi yang terbaik untuk hambaNya dan ada sebab di sebaliknya yang kita tidak tahu..dan memang kadang kala hikmahnya sukar di lihat atau bukan sekarang..tapi yakinlah janji ALLAH itu benar dan tiada yg sia-sia untuk hambaNya...

Kecewa sekarang, insyallah bahagia mendatang yang penting SABAR dalam menghadapi kecewa dan penantian hikmahnya...kemanisan hikmah pasti terasa lazatnya apabila kita dididik dengan perasaan sabar...

Saya masih pegang kata-kata sahabat saya, bila kita berada dalam keadaan kecewa, pejam mata sambil letak tangan didada, berbicara dalam hati, allah sentiasa bersama kita,Dia tidak pernah tinggalkan kita walau sekelip mata. Dalam hidup saya tentunya pernah merasa kecewa.Antara kecewa besar yang saya ingat pada saat belajar.Sesuatu yang saya harap sangat akan dapat dan akhirnya saya gagal.Kawan-kawan ada yang berjaya tapi tidak diri saya..Hanya mampu menangis dalam diam. Puas memujuk diri setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.Setelah berbulan baru saya dapat selami didikan takdir Ilahi ini.Benarlah mengapa itu yang terjadi hingga terucap Alahamdulillah di bibir saya..Rupanya Allah telah mengaturkan yang terbaik untuk hambaNya.

Kecewa besar juga pernah saya alami selama setahun lebih hingga membawa kepada 'kegilaan' saya pada lagu 'Muhasabah Cinta' nyanyian Edcoustic.Lagu ini akan mengingatkan kekecewaan saya dan membawa diri bermuhasabah kembali.Betapa diri ini sangat lemah. Punya dosa yg menggunung. Lupa pada cintaNya yg hakiki.Tersasar dalam mengharap redhaNya. Tenggelam dalam harapan palsu nafsu.Walau pada puncak kecewa itu saya menangis tanpa rela.Tapi itulah keputusan yang saya tunggu-tunggu sekian lama menutup kecewa murahan ini.

Sunday, 10 July 2011

Gerhana

aku tahu apa ertimu gerhana
maafkanlah

aku tahu apa maksudmu purnama
maafkanlah

aku tahu siapa dirimu rembulan
maafkanlah

aku cuma belum tahu
berkisahnya kita sampai bila?

aku cuma belum tahu
luka di dadamu
mengapa aku yang lara?

aku cuma belum tahu
mengapa masih kauhias malamku?

kita kan telah tahu
tiadalah kan bersatu
bulan dan pemujanya.





pedihnya.

Saturday, 9 July 2011

Minum Berdiri Memudaratkan

Islam adalah sebuah agama yang lengkap memberi panduan dan adab..
Yang meliputi semua tatacara kehidupan manusia...
Adab menuntut ilmu, adab terhadap ibubapa, perkahwinan..
Dan begitu juga islam telah menetapkan adab-adab ketika minum...

Anda pernah minum berdiri?
Minum berdiri ini agak biasa dalam masyarakat kita hari ini...

Terdapat hadis yang menunjukkan tegahan minum berdiri iaitu:
Dari Anas r.a : "Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W melarang minum berdiri."
~Hadis Riwayat Muslim~
.

Dari Sudut Sains..

Di antara sebab larangan minum berdiri ialah:

Menurut pakar perubatan Dr Abdul Razzak Al-Kailani, beliau mengatakan:

“Sesungguhnya makan dan minum dalam keadaan duduk lebih baik dari segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas. Dimana makanan dan minuman akan melalui dinding perut dengan perlahan-lahan."
Minum berdiri menyebabkan cecair akan jatuh ke dasar perut dengan laju..
Dan akan melanggar lapisan perut..
Kalau perkara ini sering berlaku..
 Dan dalam jangka masa panjang akan menyebabkan perut menjadi longgar dan jatuh..
Sehingga menyebabkan minuman susah untuk dihadam...
Begitu juga dengan makanan...
Menurut pandangan Dr Ibrahim Ar-Rawi :


Apabila seseorang itu berdiri..
Ototnya menjadi tegang dan pada masa yang sama..
Sistem imbangan pada sistem saraf pusat (central nervous system) dalam keadaan terlampau aktif mengawal semua otot..
Untuk melakukan proses pengimbangan dan berdiri tegak..
Ia adalah proses gabungan diantara sistem saraf dan sistem otot dalam satu masa..
Yang menyebabkan manusia tidak mampu mengawal kedua-duanya untuk rehat..
Keadaan otot yang rehat adalah syarat yang terpenting ketika makan dan minum.
Dan keadaan ini hanya wujud ketika seseorang itu duduk..

Apabila duduk..
Maka sistem saraf dan sistem otot dalam keadaan tenang..
Akan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambah kemampuan (ability)..
Untuk menerima makanan dan minuman..
Ini akan menyerap (assimilation) makanan dengan cara yang betul...

Namun demikian diharuskan minum berdiri..
Ditempat yang tidak sesuai untuk duduk seperti tempat yang terlampau sesak..
Ini adalah kerana Nabi s.a.w pernah minum berdiri..
Ini berdasarkan kepada hadis Ibn Abbas yang menyatakan Rasulullah minum air zam-zam berdiri..

Rasulullah minum air zam-zam berdiri..
Kenapa?

Menurut kajian pakar..
Air zam-zam mengandungi fluorida yang memiliki daya efektif membunuh kuman..
Serta ia mengandungi kalsium dan garam magnesium yang tinggi berbanding air biasa..


Dari segi saintifik air zam-zam bersifat alkali..
Jadi air zam-zam boleh meneutralkan asid hidroklorik yang terhasil di dalam perut
Dan mengurangkan pedih ulu hati..

Jadi inilah sebab Rasulullah minum air zam-zam berdiri..
Supaya air tersebut dapat meneutralkan asid yang terhasil dalam perut dengan cepat..


Selain itu..
Air zam-zam juga mengandungi iodin, sulfat dan nitrat...
Kandungan makronutrien yang tinggi khususnya magnesium, sodium dan potassium..
Menyebabkan air zam-zam bersifat nutritif berbanding sumber lain..
Inilah yang membuatkan air zam-zam dapat menyegarkan..
Para jemaah haji yang meminumnya..
Dan memberi ketahanan antibodi kepada orang yang meminumnya..

"Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal."
~Surah an-Anfal : Ayat 2 ~


Barakallahufik..
Wallahualam.. =)

Wednesday, 6 July 2011

Dengan KuasaMu






Ketika sedang bersembang dengan seorang sahabatku, dia berjalan di tepi kami. 
"Andai aku diberikan suami, aku nak yang macam dia lah...." Bisik hati insan kudus ini. Dia terkenal sebagai pemuda yang "baik-baik". Dia yang aku maksudkan, seorang jejaka soleh bernama Fakri Hakimi.
Hari ini merupakan hari bahagiaku. Aku lengkap berpakaian putih berona pink, duduk bersimpuh di atas pelamin mini akad nikahku dalam majlis serba pink di rumah orang tuaku. Kelibat Fakri Hakimi yang segak berbaju melayu nyata melegakan keresahan hatiku.
Di kota ilmu, aku memasang misi ku menghadiahkan segulung ijazah buat ibu bapaku. Aku, Alin Adila merupakan seorang gadis simple yang menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi. Bagiku, tidak perlulah berpakaian sarat semata-mata untuk ke kelas cukuplah sekadar memakai jeans dan T-shirt lengan panjang, dan tudung bawal yang menjadi pilihan hati.
Di kolej kediaman, aku tinggal bersama dua orang lagi roomateku, Mira dan Maisara. Mira bertudung hanya kerana tepaksa menatuhi syarat wajib di kampus. Maisara pula sentiasa bertudung labuh. Ditakdirkan Allah, aku dipertemukan dengan dua insan yang sangat berbeza, berbeza perwatakan dan juga gaya hidup. Aku masih ingat, hampir beberapa hari aku tidak bertegur sapa dengan Mira gara-gara mira yang agak kasar memarahiku semula apabila aku menasihatinya agar memakai tudung di luar kampus. Maisara pula berbeza perwatakannya, dia pernah menegur cara aku berpakaian menampakkan bentuk badan waima bagiku, aku telah menutup aurat sepenuhnya. Magis sekali, kami dipertemukan dalam titik perbezaan ini!
"Kau ni tak sportinglah. Jomlah,ikut aku pergi picnic dekat Port Dickson dengan kawan-kawan Zaki, Takkan lah aku nak ajak Sara yang bertudung labuh tu pulak," Mira mengajakku dengan penuh kesungguhan.
Kalau diikutkan hati, aku memang tidak mahu menurut ajakan Mira tetapi kata-kata mira seterusnya membuatkan aku terasa dan kalah dengan prinsip hatiku sendiri.
"Ke kau jelous tengok aku dengan Zaki dating? Yelah kau kan tak ada pakwe," Sinis Mira. Lantas aku membuat keputusan untuk pergi juga, "yelah, aku pergi."
Sara yang sememangnya kerap tiada di kolej kediaman kerana sibuk dengan pelbagai aktiviti persatuan, membuatkan aku menjadi lebih rapat dengan Mira. Aku, bukanlah alim orangnya, namun sejak zaman sekolah lagi aku tidak biasa bersosial dengan kawan-kawan lelaki. Akan tetapi kulihat Mira sangat mudah membenarkan Zaki menyentuh tangannya, mendakap mesra tubuhnya dan memeluknya. Zaki, bukanlah seorang yang jahil akan hukum hakam agama malah, dia merupakan seorang pelajar Pengajian Islam yang sepatutnya lebih faham dan arif tentang perkara yang haram dan halal. Seorang lelaki yang baik bagiku akan memuliakan seorang wanita bukan hanya merosakkan wanita tersebut dengan menurut hawa nafsu semata-mata.
"Ustazah je lah carikanlah untuk saya," gurauku ketika diusik Ustazah Harlina Hashim mengenai soal jodoh. Aku bersyukur dikurniakan seorang ustazah sebagai mentorku, malah aku sangat rapat dengannya. Perbincanganku dengan ustazah mengenai soal jodoh tersebut membuatkanku terfikir bagaimana akan aku tenemui jodohku nanti. Adakah aku akan menjadi seperti Mira dan Zaki, bertahun-tahun bercinta bagai nak rak , berdating dan bermadu kasih atau....
Aku menamatkan pertanyaanku sendiri tanpa sebarang jawapan yang pasti. Setelah selesai perjumpaan dengan mentorku, aku mendapat maklumat bahawa pelajar tahun kedua diwajibkan menghadiri program khas di masjid. Jujur aku katakan, aku cuma pergi ke program tersebut kerana terpaksa kerana diwajibkan untuk pergi, jika tidak jangan haraplah aku akan pergi menghadiri program seperti itu. Program yang dimaksudkan adalah sebuah program diskusi ilmiah yang memperlihatkan Fakri Hakimi sebagai salah seorang barisan panelnya. Aku mengenalinya ketika terlihat poster-poster yang terpampang di segenap ruang kampus ketika pilihan raya kampus semester lepas. Setelah beberapa minit diskusi berlangsung, aku mula mengagumi Fakri dalam diam. Kagum kerana dia merupakan seorang bakal jurutera akan tetapi begitu petah berbicara soal agama.
Rasa kagumku kepadanya tidak terhenti di situ. Aku menjadi lemah dan tertawan dengan gaya penampilannya yang kemas dan segak, tutur katanya yang berhikmah dan ketinggian ilmunya. Pada satu hari Sara mengajakku menghadiri program ilmiah yang akan diadakan di luar kampus, "Alin nak join program yang bakal diadakan di luar kampus hujung minggu ni?, Fakri Hakimi, one of the panel kat masjid semalam minta tolong aku carikan peserta untuk memeriahkan lagi program ini.
"Erm, bolehlah," balasku setelah berfikir seketika. Sebenarnya sudah beberapa kali Maisara mengajakku menghadiri program-program keagamaan seperti ini tetapi aku bukan sahaja malas untuk melibatkan diri, aku juga segan untuk turut serta dengan program-program seperti ini kerana aku bukanlah sealim Sara yang mengenakan tudung labuh. Aku takut persepsi mereka terhadapku adalah negatif.
Tetapi kali ini, aku mengagahkan diri untuk turut serta demi Fakri Hakimi. Semakin aku mengenali Fakri Hakimi, semakin aku sedari dia lah lelaki yang aku dambakan selama ini. Sejak itu aku semakin giat menyertai program-program ilmiah dan keagamaan yang diadakan di luar kampus mahupun di luar kampus. Malah, aku mula berjinak-jinak memakai tudung bidang 50 dan seterusnya bidang 60. Aku berpegang dengan kata-kata hikmah ini , 'Kalau ingin mencari yang soleh, maka jadilah yang solehah dulu!'
"Kalau anti suka pada seseorang tu, lebih baik beterus terang," bicara Fakri padaku menjawab kepada persoalanku mengenai jodoh yang aku utarakan kepadanya.
"Tapi ana seganlah, macam perigi cari timba je," balasku ringkas dengan nada perlahan. Dadaku berombak kencang dengan tiba-tiba.
"Sama ada perigi mahupun timba kenalah sama-sama mencari, mintalah pertolongan daripada Allah. Selain itu kalau anti segan, ana rasa lebih baik sekiranya anti gunakan orang tengah seperti yang dilakukan oleh Saiditina Khadijah," cadang Fakri dengan penuh berhikmah. Sesungguhnya, dia tidak mengetahui bahawa dia lah orang yang aku maksudkan.

Setelah berhari-hari memikirkan kata-kata Fakri tempoh hari, aku mengambil keputusan untuk menuruti cadangan kedua yang Fakri utarakan. Aku berpendapat Sara adalah orang yang paling sesuai untuk menjadi orang tengah antaraku dan Fakri kerana Sara sudah lama mengenali Fakri. Aku yakin, Sara juga tahu sedikit sebanyak latar belakang Fakri.
 Dengan hati yang berdebar-debar aku berjalan ke arah Sara yang ketika itu sedang melayari internet menggunakanlaptop berjenama Dell miliknya. Belum sempat aku memulakan bicara, Maisara terlebih dahulu memulakan perbualan sebaik sahaja dia menyedari kehadiranku disisinya. "Cantikkan tunang Fakri ni, manis dan baik sungguh orangnya. Aku jumpa dia masa aku join program di UIA minggu lepas, tak sangka sudah hampir setahun mereka bertunang. Pandai sungguh Fakri berahsia," ujar Maisara sambil matanya masih tertumpu menghadap laptop.
Aku tergamam, terasa seperti ingin menitiskan air mata di situ juga, jasadku masih disitu namun ku rasa roh ku seakan-akan telah melayang terbang dan hilang. Ya Allah, ini merupakan tamparan yang maha hebat bagiku!
Tanpa pengetahuan sesiapa, termasuk Mira dan Sara, aku cuba menyembunyikan kesedihan yang sebenarnya tidak mampu untuk ku bendung. Aku berubah kerana Fakri, aku juga tampil dengan penampilan yang lebih islamik kerana Fakri tetapi semuanya hanya sia-sia! Apa kurangnya aku, Ya Allah? Ternyata kini, rupanya rinduku dan rasa kasihku selama ini adalah kepada tunangan orang! Astagfirullahalazim...
Keesokan harinya, terasa sungguh berat kaki ini ketika melangkah menuju ke program ilmiah yang diadakan di auditorium Fakulti Kejuruteraan. Aku cuba mengelak memandang wajah Fakri ketika bertembung dengannya disana. Tidak sanggup rasanya melihat Fakri yang sentiasa ceria itu sebenarnya sudah menjadi tunangan orang lain.
"Wah Fakri, cantik tunang anta. Pandai anta pilih. Kalau bukan sebab program di UIA haritu mesti sampai sekarang ana tidak tahu anta sudah bertunang," Sara menegur Fakri setelah program tersebut selesai.
"Sebenarnya kami memang berhasrat untuk tidak menghebohkan pertunangan kami. Insya-Allah pada hari pernikahan nanti saya akan menjemput kamu berdua ke majlis kami. Sebenarnya, kami tidak pernah berjumpa. Selama ini, kami cuma berbicara di telefon perkara yang perlu sahaja. Sejak awal lagi ana telah serahkan urusan jodoh ini semuanya di tangan keluarga," jawab Fakri yang membuatkan aku terpegun serta merta. MasyaAllah, benarlah seperti yang aku katakan di atas tadi, seorang lelaki yang baik akan memuliakan seseorang wanita, dan Fakri adalah tergolong dalam golongan lelaki yang baik itu.
Malam itu, aku merintih dalam doa kepada Rabbiku. Betapa berdosanya diri ini, Ya Allah. Selama ini aku tidak ikhlas dalam perubahanku. Aku bertudung labuh semata-mata demi seorang lelaki. Malah,aku perjuangkan dakwahMu cuma kerana aku ingin dekat dengannya, bukan ikhlas keranaMu. Bercucuran air mata turun dan mengalir dari kelopak mataku. Hari-hari berikutnya, aku meniti kehidupanku dengan tabah dan berharap keampunan Allah S.W.T untukku.
Alhamdulillah. Aku telah terpilih mengikuti program pertukaran pelajar di University Sydney, Australia selama 3 bulan. Bagiku pemilihan ini merupakan satu rahmat besar buatku. Sedikit demi sedikit aku sudah berhenti memikirkan Fakri dan lebih menumpukan mindaku menikmati keindahan ciptaan Allah di bumi Australia. Setelah beberapa minggu di sana, aku membuat panggilan kepada Ustazah Harlina Hasyim.
"Kalau dah suka sangat duduk di Australia tu, baguslah. Lagipun ustazah ada anak saudara yang sedang belajar medik disana. Kemungkinan besar dia akan bekerja di sana juga selepas mendapat ijazah akhir tahun ini. Senang macam ni, ustazah jodohkan dia dengan kamulah."gurau Ustazah Harlina sambil tergelak kecil.
Ya, siapa sangka gurauan itulah yang mengukir episod-episod seterusnya dalam hidupku. Gurauan tiga tahun lepas itulah yang membuatkan aku bahagia meniti hari-hari ku yang sebelum ini pernah malap kerlipannya. Hari ini hari bahagiaku, dan aku Alin Adila kini sedang menghampiri sebuah perkahwinan yang dibina atas dasar yang suci.
Di atas permaidani itulah bakal suamiku, Dr.Haikal Azim, seorang doktor yang bekerja di Sydney Children's Hospital, Randwick Australia. Nampaknya aku akan kembali menetap di bumi Australia. Jika tiga tahun lepas aku menetap hanya selama 3 bulan mungkin selepas ini bertahun-tahun lamanya. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang bakal terjadi. Ditakdirkan Allah, aku tidak menikahi lelaki yang bernama Fakri tetapi yang akan aku nikahi sebentar lagi merupakan sahabat baik Fakri sejak kecil. Satu kebetulan yang aku sendiri tidak jangka selama ini.
Hari ini Fakri kelihatan cukup segak berbaju melayu berada di sisi bakal suamiku yang akan aku nikahi sebentar lagi. Kelegaan aku ketika melihat kelibat Fakri tadi adalah kerana sekiranya bayang Fakri kelihatan, sudah tentulah bakal suamiku telah tiba disini bersama rombongannya. Fakri dan Haikal sememangnya terlalu akrab. Suatu ketika dahulu aku pernah berkata bahawa aku ingin mendapat suami macam dia (Fakri).
Alhamdulillah Allah menemukan aku dengan Dr.Haikal Azim yang sifatnya, akhlaknya sebaik Fakri yang dahulunya sering aku kagumi. Aku teringat kata-kata Fakri suatu ketika dahulu. "Perigi dan timba harus sama-sama mencari." Aku yang meminta 'dicarikan jodohku' oleh ustazah (walaupun bukan secara direct) dan bakal suamiku pula meminta mak longnya mencarikan bakal isteri buat peneman hidupnya di perantauan. Fakri sudah selamat diijabkabulkan dengan isterinya yang merupakan tunangannya suatu ketika dahulu pada tahun lepas. Kini, mereka kelihatan begitu mesra bersama. Aku berdoa semoga kebahagiaan itu menjadi milik mereka selamanya dan kebahagianku adalah pemilik hakiki hatiku kini.
-
-
-
-
--
---



Maka jika mahu mendapatkan yang soleh,
kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh,
tetapi berusahalah menJADI yang solehah.

Jika inginkan yang solehah,
janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah,
tetapi berusahalah menJADI yang soleh.

Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. 
Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah…
kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.
Tersenyum saya sendirian pabila membaca cerpen ini, ringkas dan padat info yang cuba disampaikan oleh penulis. Menginginkan suami soleh, kita perlulah menjadi solehah. Perubahan yang dilakukan mestilah dengan niat kerana Allah swt barulah terasa nikmat kemanisan iman dalam diri. Fitrah wanita yang dikuasai rasa malu hanya kerana menginginkan jodoh yang baik, mengkagumi dalam diam malu mengungkap isi hati sendiri.'Andai dia miliku' hanya keluhan yang mampu terucap.Berdoa dan terus berdoa dalam misi menjadi solehah, mudah-mudahan allah swt melancarkan segala urusanku ameen.