Duhai peri,
hantar aku semula
ke dunia mimpi
semalam, yang telah
berhias bunga-bunga
berlangit pelangi cerah.
Biar bintang
merajuk,
biar gemawan
meradang;
jangan biar
aku mati
dalam
rindu, yang tak
tertanggung.
Duhai hati bersabarlah.
Terlantar dalam kekusutan
umpama tiada harapan
Terlalu banyak kesilapan terlanjur kulakukan
Ku tahu aku selalu terleka
Ku tahu ku tak sempurna lima
Timbul rasa insaf
Tersedar dari godaan dunia
Daku mahu kembali ke jalan yang sebenar
Tekad sedaya upaya agar dikau sudi terima
Tinggalkan segala yang sudah
Ku di dalam gelisah
Ku mendoakan kau ampuni segala dosa...
No comments:
Post a Comment