CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, 8 September 2011

Maaf



Memaafkan orang ketika marah ialah sesuatu yang janggal, tetapi 
sangat diperlukan kerana memaafkan akan terus memadamkan api kemarahan.

Adakah kita semua tahu bahawa memaafkan adalah kuasa luarbiasa yang Tuhan berikan kepada kita.
Ia adalah sebuah perasaan seperti baru berkenalan, apabila anda dimaafkan setelah berbuat salah. 
Hargailah sebuah kemaafan.

Setiap kemaafan yang diterima dan diberi adalah sebuah perasaan marah yang telah dilenyapkan.
Anda dimaafkan kerana bersalah, jangan rasa bersalah untuk memaafkan orang juga.

Sukarkan bagi kita untuk memaafkan orang yang berbuat salah terhadap kita?
Oleh itu, maafkanlah mereka ketika kita dalam keadaan yang stabil dan tidak beremosi, itu adalah cara yang terbaik.Jadilah seorang pemaaf yang membahagiakan orang yang dimaafkan.

Maaf secara ikhlas, nikmatnya tak terbalas, maaf secara terpaksa, kesannya tersiksa.
Luka yang dimaafkan akan sembuh sendiri walaupun meninggalkan parut. Tetapi lebih baik dari terbiar bernanah.

Petanda kesalahan anda dah dilupakan dan dimaafkan? Mungkin bila kesalahan anda boleh ditertawakan bersama.

kita lebih mudah meminta maaf kepada orang yang lebih penting dalam hidup.
Jadilah seorang pemaaf yang membahagiakan orang yang dimaafkan.

No comments:

Post a Comment