CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, 3 February 2012

i LOve Islam


Dalam pelajari Islam & kebaikan, manusia itu berbeza-beza jiwanya, ada yang suka bertanya & mengetahui bab hukum beserta dalil & kata ulama, ada yg suka santai serta humor, ada yang suka bentuk novel, ada yang suka secara akademik lagi berfalsafah, ada yang suka sederhana ringan & berfalsafah, ada yang suka kisah tauladan sambil mendapat pengajaran. Justeru, mainkan peranan kita di sudut yang kita mampu utk membawa ilmu Islam kpd masyarakat. Tiada perlu mengkritik, mencela & merendah cara yg lain dari kita, kecuali jika padanya terdpt KESESATAN yg TIADA KHILAF.
ayat diatas dipetik daripada wall ustaz zaharuddin.net facebook, daripada petikan diatas dapat kita huraikan bahawa manusia mempunyai bermacam genere seperti buku-buku dirak. Dalamnya mempunyai pelbagai rencah emosi dan delusi yang perlu dihuraikan oleh akal kita, dalam mencapai jawapan yang pasti kita perlu membuat kajian dan analisis terhadap permasalahan dari segi agama dan bahasa. Setiap manusia mempunyai pandangan yang berbeza tetapi ada limitasi dalam melontarkan pandangan dan pendapat masing-masing.Sebab apa perlunya limitasi dalam memberi pandangan terhadap orang lain, hal ini kerana untuk menjaga lidah daripada khilaf dan untuk menjaga hati daripada terluka dek kata yang membisa. Tambahan pula, dalam islam kita diseru agar berbicara semanis kurma dan mengelakkan berbicara sepahit hempedu.


seprti ustaz zaharuddin membicarakan, kita hidup untuk mempelajari islam serta kebaikkannya. kita juga diberi jalan yang berbeza untuk mempelajari islam kerana manusia itu berbeza-beza jiwanya.Dalam mempelajari islam, tidak terkecuali dari mengkritik dan dikritik oleh manusia itu sendiri, oleh itu kita perlu elakkan dari sifat-sifat sebegini, insyallah, Allahswt akan memberi jalan yang terbaik kepada hambaNya yang berusaha dalam mencari cintaNya.


Apakah yang ingin kita ingin orang bersaksi ke atas kita sewaktu kita mati kelak? Individu yg banyak kebaikan atau keburukan? Nabi mengingatkan "Sesiapa yang kamu bersaksi kebaikan padanya, pastilah dia akan mendapat kebaikan, sesiapa yg manusia bersaksi keburukannya, baginya keburukan.." Justeru, telitilah pengisian yang kita lakukan dalam kehidupan kita, manusia akan menjadi saksi ke atasmu juga. Matan hadis sohih Muslim :من أثنيتم عليه خيرا وجبت له الجنة ومن أثنيتم عليه شرا وجبت له النار أنتم شهداء الله في الأرضأنتم شهداء الله في الأرض أنتم شهداء الله في الأرض
petikan diatas menceritakan bahawasanya kita perlu membuat kebaikan kepada sesama manusia kerana diakhirat kelak, mereka akan menjadi saksi kepada kita dalam setiap perbuatan dan tindakan kita terhadap mereka. Namun, ada sahaja manusia yang melakukan kejahatan kerana sifat cemburu menguasai diri. Jom kita teliti kembali pengisian yang kita lakukan dalam kehidupan kita. Muhasabah diri adalah perkara yang terbaik untuk kita mengenal diri kita sendiri. 


Moga nasihat ini berguna untuk semua pembaca dan juga untuk saya sendiri, insyallah.


sharing is caring, selamat beramal.






No comments:

Post a Comment