CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, 11 June 2011

Kasih

Anas r.a. berkata; Ada seorang duduk di sisi Nabi SAW , mendadak ada seorang berjalan , maka orang itu berkata ; YA Rasulullah , saya kasih sungguh pada orang itu . Nabi bertanya ; Apakah sudah kau beritahu padanya bahawa kau kasih cinta padanya? , jawabnya ; Belum . Bersabda Nabi
SAW ; Beritahulah dia . Maka dikejarnya dan dikatakan kepadanya;

Sesungguhnya saya cinta kepadamu kerana Allah . Jawabnya; Semoga Allah kasih kepadamu sebagaimana kau cinta kepadaku kerana Allah .

(HR Abu Dawud )

Terbit senyuman dikala membaca petikan diatas. Ya, memang benar mencintai seseorang dengan niat kerana Allahswt maka akan terasa nikmatnya bila Allahswt mengasihi hambanya hanya kerana dengan niat keranaNya.

Hati berbunga-bunga, lidah kelu berbicara, dan bibir mekar dengan senyuman. Alangkah indahnya hidup diwarnai cinta Allahswt dan Rasulullah saw.

Fitrah manusia, ingin mendamaikan jiwa dengan memandang yang indah-indah, mendengari yang merdu bak purnama merindu dan merasai yang enak-enak.

No comments:

Post a Comment