CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, 18 June 2011

Zoo mahasiswa

“Kehidupan umpama sebuah toko buku, didalamnya terdapat  pelbagai genre, dari yang isinya berat hingga yang ringan. Tapi ramainya hanya menyukai yang ringan sahaja.”


Adakah mereka layak digelar Mahasiswa?

Jika ditanya apa itu worldview atau pandangan alam , mungkin rata-rata tidak mengerti dan ambil mudah. Inilah apa yang berlaku pabila bahan bacaan mereka hanya dalam genre lingkungan yang Ringan-ringan, yang mudah-mudah, picisan, murahan dan sebagainya yang menjelikkan. Bacaan mereka adalah refleksi diri dalaman (innerself) mereka. Pengakhiran kepada hedonism adalah kebodohan melampau bukan dari akademik tetapi bodoh, jahil dan miskin segi ma’na dan nilai yang memanusiawikan manusia!.

Mahasiswa itu Tonggak keampuhan ummat, lemahnya mahasiswa, runtuhlah ummat.

Betapa Mahasiswa masani terperangkap dengan satu aliran yang tersusun rapi di sponsor barat mahupun kerajaan sendiri. Masakan tidak, selain daripada ke kelas, kehidupan hari-harian sebahagian mereka hanya berorientasikan keseronokan semata, Perbualan mereka hanya berkisar sekitar filem-filem holywood, drama-drama Jepun dan korea, Manga serta anime. Sanggup juga terkadang mereka untuk tidak ke kelas semata kerana untuk maraton drama korea yang diminati. Masakan ini adalah sifat sewajarnya seorang Mahasiswa yang asyik melaung-laungkan Student Power-nya!.

Mahsiswa masani telah dimamah hedonism dengan selumat-lumatnya. Inikah dikatakan Student Power?. Sedangkan mahasiswa merupakan golongan yang cerdik pandai tetapi kecerdikkan yang dimiliki bukan menghala kepada pembelajaran hidup tetapi kejayaan untuk mendapat segulung ijazah. BIla da berjaya mendapat segulung ijazah apa makna kehidupan mahasiswa yang telah tamat belajar? Ilmu yang disia-siakan kerana inginkan kejayaan dan keseronokkan bekerja. Berfikir sejenak, ilmu yang telah digunakan hanya untuk duniawi.Ya memang ramai yang melaungkan kehidupan secara islamik tetapi cuma berada didalam ruangan yang tertutup. Untuk apa berdakwah sesama mereka, sedangkan yang berada diluar masih berada dialam fantasi mereka. Gerakkan persatuan Islamik yang hanya dikalangan mereka sahaja tahu. Laungan dakwah yang hanya mereka tahu. Untuk apa semua ini? Islam adalah universal, keterbukaan yang mengikut shariah, mudah diterima dan dipermudahkan segala urusan.   

Melalui mata yang melihat, mahasiswa masani terperangkap dalam dunia sendiri. Sedang dunia sedang bergerak laju dengan pelbagai perubahan ketara antara ideology ke ideology yang lain,pertentangan antara pejuang kapitalisme dan sosialisme  yang tidak berkesudahan, penularan doktrin libertarianisme yang menjangkit , malangnya anak-muda tonggak masa depan kita masih terbuai-buai oleh hedonism! Ya, mahasiswa masani sedang dibuai-buai mimpi, tidak sedarkah mereka teleh dipergunakan menjadi hamba keseronokkan semata?

Perihal inilah yang saya gelar dan kecam sebagai, Zoo mahasiswa.

Merenung masa hadapan, adakah kita sebagai mahasiswa mampu membina semula empayar ilmuwan yang telah dibina oleh sahabat-sahabat Rasulullah saw. Hanya mampu berangan, meratapi tamadun islam diinjak-injak hanya kerana kelalaian kita yang dihanyutkan oleh ideologi hedonism yang telah diterapkan dari permulaan zaman kebangkitan Eropah.  

No comments:

Post a Comment