Ibn Ruslan dalam kitab Zubadnya telah menukilkan sebuah syair yang begitu menyentuh sanubari bagi mereka yang benar-benar menghayatinya. Syairnya yang bermaksud, "Setiap orang yang beramal tanpa ilmu, maka amalnya ditolak dan tidak diterima"
Ilmu sahabat setia yang senantiasa bersama kita, baik susah mahupun senang. Orang yang malas mencari ilmu ibarat lampu kehabisan minyak dan dia berada dalam kegelapan. Gelapnya itu membuatkan dia terpaksa meraba-raba dan berjalan dalam kesusuahan. Terlanggar sana, terlanggar sini. Hidupnya dalam ketakutan. Terpaksa berpanas dan terpaksa membiarkan diri digigit nyamuk. Dia hanya mengharapkan sinaran malap lampu lilin yang tidak tahan lama sifatnya. Ditiup, matilah api lilin tersebut. Betapa payah hidup dalam kegelapan.al-Bukhari berkata bahawa Nabi SAW bersabda, "Barangsiapa yang dikehendaki Allah dengan kebaikan kepadanya, nescaya diberikan kefahaman (pengertian) agama kepadanya, dan hanya mendapat ilmu itu dengan cara belajar.
"Syeikh al-Syanwani berkata, di sini berita gembira diberikan kepada orang yang belajar agama kerana hendak kebaikan daripada Allah bagi hamba tertentu baginya atas tuntutan Tafaqquh fi al-Din. Syeikh juga berkata, harus bagi manusia mempelajari ilmu daripada golongan 'arifin' dan tidak memadai hanya dengan mentelaah kitab tanpa belajar.
Al-Bukhari berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang berjalan di satu jalan kerana menuntut ilmu, nescaya Allah memudahkan baginya jalan ke syurga"
Syeikh al-Syanwani berkata lagi, jalan yang zahir adalah jalan yang menyampaikan ke syurga atau dunia, sedang jalan maknawi adalah dengan diberi taufiq kepadanya untuk amalan soleh.
Mari kita hayati mutiara kata ulama'-ulama' terkemuka agar kita dapat mengambil kata-kata tersebut sebagai pedoman untuk kita terus maju ke hadapan, jauh meninggalkan orang-orang yang jahil lagi malas menuntut ilmu.
Sesiapa yang tidak sanggup menelan kepahitan menuntut ilmu, nescaya dia akan meneguk kejahilan sepanjang hayatnya (imam al-Syafie)
Sesiapa yang berlalu waktu mudanya tanpa menuntut ilmu, maka layaklah dilaksanakan solat jenazah ke atasnya (imam al-Syafie)
Ilmu khazanah yang tidak pernah kehabisan, kuncinya adalah bertanya (imam al-Ghazali)
Hilangnya ilmu dengan dua perkara: malu dan sombong (imam al-Ghazali)
Ilmu adalah cinta kepada Allah....jika anda tiada ilmu, maka tiada cinta kepada Allah..."Tak kenal, maka tak cinta"...permulaan perkenalan adalah sebelum kita dilahirkan semasa di alam rahim, perjanjian dibuat dengan Allah sebelum dilahirkan didunia, maka disitulah cinta mula berputik, sesudah dilahirkan didunia kalimah cinta telah dibisikkan untuk diterapkan disanubari sehingga dididik mengenal cinta dengan lebih mendalam,maka dengan ilmu kecintaan yang hakiki telah diterapkan kita menjadi seorang penyair cinta yang meluahkan rasa cinta kepada yang hakiki. Ya, memamng benar hatiku dilamun cinta, cinta illahi, segar dan harum mewangi...itulah cinta hakiki, jika tiada berilmu maka tiadalah cinta kepada Sang Pencinta. Makna cinta mestilah berilmu (tahu) barulah bahagia....jangan digadaikan ilmu itu wahai penutut ilmu, kelak anda akan sengsara.
Ya Allah ya Tuhan! Berikanlah kepadaku manfaat dengan ilmu yang Engkau ajarkan dan ajarkanlah aku ilmu yang memberikan manfaat kepadaku serta pertingkatkanlah ilmuku...Ameen ya rabbb..^_*



No comments:
Post a Comment