CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, 11 June 2011

Kehidupan

"Kehidupan ini bagaikan sebuah toko buku, dalamnya ada pelbagai genre, dari yang berat-berat hingga yang ringan-ringan, tapi, ramainya hanya berkumpul di sudut bacaan yang ringan-ringan, siapa pula yang akan baca yang isinya berat?"


menonton filem love arahan khabir bhatia, membuatkan saya berfikir tentang kehidupan yang sentiasa bergerak dikeliling kita, tanpa kita sedari perilaku manusia yang aktif mahupun pasif sentiasa ada aktivitinya. 

kadang kala erti hidup seseorang bergantung kepada sesuatu yang mempunyai hala tuju untuk mengisi sepanjang kehidupannya. Ada pula yang mengibaratkan kehidupan ini sebagai satu gudang ilmu yang harus dikaji, ditelaah, difahami dan dijiwai. Tetapi ramainya hanya mengambil hal kehidupan sebagai hal yang remeh dan dipandang ringan tidak diisi dengan perkara yang berfaedah. 

.'Pengalaman dan peribadi saya merasakan gambaran ayat tersebut adalah refleksi ummat khususnya golongan Murid, ataupun mahasiswa  dengan laras bahasa matang kononnya.' 

Sebagai hamba Allah swt, kehidupan yang saya hadapi sangat unik. Uniknya kerana hampir setiap hari ada sahaja perkara yang luar biasa berlaku disekeliling saya. Pada setiap langkah, ada ketikanya pandangan dilemparkan pasti ada saja perkara yang membuatkan saya berfikir, sambil tersenyum dan menyatakan uniknya manusia ini. Allah swt jadikan hambanya bukan untuk disia-siakan tetapi ada hikmahnya. Ya, memang benar setiap kejadian ada hikmahnya, tidak perlu dipersoalkan tetapi nantikan hikmah yang bakal menjelma pasti terasa nikmatnya.

kadang kala, saya merasa pelik bila perkataan bosan wujud dalam diri seseorang. Sedangkan, disekelilingnya banyak perkara yang berlaku dan perlu diambil berat. bukan saja disekelilingnya tetapi melalui penulisan dan pembacaan. Mungkin benar sifat MALAS mula menguasai minda yang hanyut dan leka dengan dunia fantasi mereka sendiri sedangkan realiti seindah fantasi. Manakala realiti tidak diendahkan, tidak pula dihiasi seperti fantasi yang direka-reka oleh minda yang hanyut.

Itulah manusia, fitrah yang sentiasa berjalan seiring seperti bayang-bayang kita sendiri. 



No comments:

Post a Comment